Khamis, 10 Mei 2012

AYAM BAKAR PORTUGIS




Aku dapat resepi ni dari Dapur Malaysia, rasanya semua org reti buat ni.Oleh kerana aku mempunyai masa lapang jadi aku try resepi ayam bakar portugis ni..pertama kali dulu memang masam sikit,dah 12 kali sedap pulak. Kadang-kadang aku try guna kambing,sebenarnya lagi sedap.

Bahan-bahan (2 org makan )

500 g ayam / kambing
1 biji lemon
2 ulas bawang putih-,di cincang atau ditumbuk halus
1 sudu minyak zaiton (olive oil)
1 sudu besar oregano flake
2 sudu kecil sweet paprika
1 sudu kecil cayenne pepper
1 sudu kecil garam


First sekali perapkan ayam dgn perahan lemon,minyak zaiton,oregano,sweet paprika,cayenne pepper serta garam.Biarkan 10 minit.

Setelah itu bakar pada suhu 200 celcius selama 45 minit. Jika hendak lebih masam,letakkan lemon sekali...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan