Selasa, 13 November 2012

 Doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) 

Doa Akhir Tahun :

Baca doa ini tiga kali. Dilakukan SELEPAS waktu asar atau SEBELUM maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. Atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.

Doa Awal Tahun :

Baca doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita  memohon kepada Allah Swt agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.

Insyaallah... :)

Ahad, 15 Julai 2012

Wedding Prop


Sebuah perkahwinan akan menjadi sangat 'comel' dengan penggunaan prop-prop seperti di dalam gambar...











Lebih seronok apabila kita dapat membuatnya sendiri ataupun mendekorasikannya dgn pelbagai gaya.

Khamis, 10 Mei 2012

AYAM BAKAR PORTUGIS




Aku dapat resepi ni dari Dapur Malaysia, rasanya semua org reti buat ni.Oleh kerana aku mempunyai masa lapang jadi aku try resepi ayam bakar portugis ni..pertama kali dulu memang masam sikit,dah 12 kali sedap pulak. Kadang-kadang aku try guna kambing,sebenarnya lagi sedap.

Bahan-bahan (2 org makan )

500 g ayam / kambing
1 biji lemon
2 ulas bawang putih-,di cincang atau ditumbuk halus
1 sudu minyak zaiton (olive oil)
1 sudu besar oregano flake
2 sudu kecil sweet paprika
1 sudu kecil cayenne pepper
1 sudu kecil garam


First sekali perapkan ayam dgn perahan lemon,minyak zaiton,oregano,sweet paprika,cayenne pepper serta garam.Biarkan 10 minit.

Setelah itu bakar pada suhu 200 celcius selama 45 minit. Jika hendak lebih masam,letakkan lemon sekali...

FELT KIT FANCY POUCH

Dua hari yang lepas aku terasa nak lakukan sesuatu yang agak simple tapi comel.So untuk permulaan aku cuba yang paling simple sekali iaitu "Felt Kit Fancy Pouch".Bahan-bahan yang aku gunakan adalah seperti berikut:-



1. kain felt -merah 30 x 15cm
                  -putih   11 x 15cm

2. benang merah

3. butang - besar (1)
                - kecil (5) pelbagai warna

4. kain lace

5. gunting

6. pensil untuk melukis garisan

7. jarum

Mula-mula gunakan felt warna merah sebagai bahagian luar. Kita kena jahit lace diantara butang,jahit seperti bentuk V. Kemudian jahit butang-butang tersebut. Untuk bahagian dalamnya, felt warna putih di kerat 2.Jahit dibahagian atas putih dgn lace. Selepas itu baru kita boleh jahit disetiap garis tepi pouch itu.